Who the warewolf

Adam masih lagi teguh memerhatikan jirannya yang bertingkah aneh itu. Setiap kali bulan mengambang jirannya akan menyelongkar sampah rumahnya dan Adam. Itu bukanlah tingkah yang terlalu pelik. Namun dia pernah ternampak jirannya merenung bulan yang mengambang sambil duduk seperti seringala. Dia mensyaki bahawa jirannya merupakan seorang warewolf.

Bukan itu sahaja dia pernah menjumpai di kawasan rumahnya  kesan cakaran besar. Mustahil itu merupakan cakaran kucing atau anjing.  Tapi kejadian yang sering terjadi ialah sampah bersepah di beberapa rumah sekitar kawasan kejiranannya. Dia tidak melaporkan Allan kepada pihak berkuasa  kerana merasakan bahawa perkara ini menarik untuk di siasat sediri tanpa bantuan pihk berkuasa. Lagi pula baginya Allan tidak berbahaya. Dia hanya sekadar menyelongkar sampah dibkawasan kejiranan kami sahaja. 

Namun dia tidak menunjukkan sikap sangsi tersebut kepada jirannya, Allan. Dia hanya bersikap biasa dan normal. Supaya Allan tidak mengesyaki dirinya memerhatikan dia setiap bulan mengambang. Adam bercadang untuk melihat pergerakan jirannya sepanjang malam itu tanpa tidur. Dia telah menyiapkan satu jag air kopi untuk Diteguk sekiranya mengantuk. Kopi terse but diberi oleh jirannya, Allan ketika dia baru berpindah masuk. Malam semakin larut dan Adam terus memerhati jirannya.

Adam bangun dari pembaringgannya apabila terasa ada terik mentari memancar ke wajahnya. Dia terkejut apabila mendapati bahawa dia berada Di atas sofa Di rang tamu. Dia gagal sekali lagi untuk memerhatikan jirannya sepanjang malam. Mungkin dia sememangnya tidak mampu untuk hidup tanpa tidur Di malam hari. 

Seusai mandi dan sarapan Adam bergerak ke halaman rumah untuk membuang sampah. Dia bertemu dengan Allan yang kebetulan mahu membuang sampah. Adam tergerak untuk bertanya mengenai apa yang dilakukan oleh Allan malam semalam. 

" selamat pagi Allan kau ada rasa perkara pelik berlaku di kawasan rumah kita?" Adam mula bertanya. 

" ada bunyi pelik sepanjang malam dan terdapat kelibat makhluk aneh disekitar ini." jelas Allan. 

Adam berpendapat bahawa apa yang diceritakan oleh Allan  merupakan aktiviti Allan di Setiap bulan mengambang. Dia semakin yakin bahawa Allan merupakan warewolf. 

" apakah kau tidak melihat dan merasakannya?" Tanya Allan setelah mendapati bahawa Adam diam membisu. 

" tidak, aku tertidur lebih awal jadi tidak mendengar sebarang bunyi." jelas Adam. 

Selesai berborak mereka bergerak ke rumah masing-masing. Adam bercadang untuk melihat kewujudan asli warewolf Allan pada bulan mengambang akan datang. 

Sebulan berlalu. 

Adam meneguk satu jag kopi pekat untuk menahannya dari tidur. Dia terus bergerak ke halaman rumah dan menyorok di balik keretanya. Dia bercadang untuk melihat secara dekat kelibat warewolf Allan. 

Cahaya terik mencucuk mata Adam memaksa dia membuka mata. 

" cis aku terlepas lagi untuk melihat kewujudan warewolf Allan." detiknya di dalam hati Adam. 

Adam merasakan kelainan pada dirinya. Dia merasakan tubuhnya meremang  sangat-sangat. Apabila dia hendak menyentuh tubuhnya pergerakkannya terhalang. Baru Adam sedar bahawa dia diikat di atas sebuah kerusi. 

Apa yang lebih mengejutkan ialah badannya berbulu coklat lebat Dan kuku nya panjang bagaikan seekor seringala. Dia merasakan aneh pada dirinya Dan tempat tersebut. Adam berusaha melepaskan dirinya sehingga mengeluarkan bunyi bising. 

Pergerakan Adam berhenti apabila dia mendengar bunyi derapan tapak kaki mendekati dirinya. Lebih mengejutkan Adam  di hadapannya ialah Allan jirannya sediri. 

" apa yang telah kau lakukan pada aku?" jerkah Adam. Dia sangat marah sehingga ingin menerkam Allan Dan mensobek badannya seperti kain buruk. 

" kau telah setuju untuk menjadi bahan uji kaji aku." jelas Allan dengan tenang. 

" aku tidak pernah membuat perjanjianbersama kau." 

" pernah, pada saat kau menerima kopi pemberian aku 5 bulan lepas." 

" itu hanya sekadar kopi pemberian jiran" Adam mula keliru. 

" sebernanya itu bulan kopi biasa itu merupakan kopi buatan aku untuk menjadikan manusia biasa seorang warewolf. Aku merupakan seorang saintis tersohor. Namun negara ini tidak mahu mngiktiraf aku sebagai saintis terpintar. Jadi aku merancang untuk menukarkan semua orang Di negara ini kepada warewolf. Kau merupakan bahan uji kaji pertama aku. Seharusnya kau merasakan bangga. Di dalam Kopi itu terdapat campuran DNA  serigala dan bebrapa ubat ubatan untuk sokong DNA itu terus berkembang danlam tubuh manusia. Hahahahahah" jelas Allan dengan helaian ketawa. 

" kau bukan saintis hebat tapi saintis gile"  jerkah Adam.  

Tanpa di sangka Adam Allan merupakan saintis jahat dan gila yang telah merubah wujudnya sebagai manusia biasa.  Dia menyangka selama ini Allan merupakan warewolf Dan sering memerhati kelakuan dia. Sebenarnya, warewolf Sebenarnya ialah dirinya sendiri dan itu semua berlaku angkara Allan si saints gila. Selama ini dia yang menyelongkar sampah Dan meninggalkan kesan cakaran. 

Allan bertindak pelik seperti warewolf adalah untuk mengkaji bajan uji kajinya, Adam. Dia juga tau bahawa Adam sangsi terhadap dirinya. 

" kau tidak paham sains seperti aku." balas Allan tenang. 

Allan menuju kearah salah sebuah mesin di makmalnya dan menekan suis on. Sejurus itu Adam merasakan terdapat aliran elektrik Di dalam badannya. 

"aarghhh" jerit Adam. 

Selepas itu Adam tidak sedarkan diri. Dunianya menjadi gelap gelita. 

" tidurlah wahai bahan uji kaji pertamaku" Allan meninggalkan makmal bawah tanahnya dengan senyuman sinis. 

-tamat-

Ulasan

Catat Ulasan